Selaras dengan kemajuan teknologi Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System yang menggabungkan teknologi Nano dapat membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air minuman secara optimum.
Rekaan 6 penapis masing-masing menjalankan fungsinya yang tersendiri untuk membekalkan sumber air yang berkualiti.
PENAPIS A: Membersih
Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menapis dan menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bakteria.
PENAPIS B: Menghilangkan bau
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.
PENAPIS C: Stabil & Memperkayakan mineral
Activated carbon block yang memenuhi piawaian NSF dan penukar ion berlogam KDF dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan alga. Unsur resin pula akan melembutkan molekul air dan memberi kesan dengan menghasilkan bahan-bahan mineral.
PENAPIS D: Selamat
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.
PENAPIS E: Bertenaga
Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada molekul air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan mudah oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen di dalam badan.
PENAPIS F: Beralkali
Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air supaya lebih cenderung kepada beralkali, yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan sistem imunisasi dan fungsi detoksifikasi badan.
Apakah teknologi Bio-Aura Hi-Tech Water System?
Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan revolusi teknologi nano dan 6 penapisan berperingkat untuk membersih, mengalkali and memberi tenaga kepada air minuman secara optimum.
Apakah nilai pH air selepas ditapis oleh Bio Aura Hi-Tech Water System ?
Air yang sudah ditapis oleh Bio Aura Hi-Tech Water System akan mempunyai nilai pH air yang cenderung kepada beralkali.
Adakan Bio Aura Hi-Tech Water System menggunakan elektrik?
Tidak. Bio Aura Hi-Tech Water System tidak perlu menggunakan elektrik. Justeru, ia amat menjimatkan tenaga dan kos.
Berapa lamakah warranti bagi Bio Aura Hi-Tech Water System?
1 tahun warranti dari tarikh pembelian.
Perlukan saya menukar kesemua penapis dalam masa yang sama?
Tidak. Anda hanya perlu menukar setiap penapis dalam masa yang berlainan mengikut jadual penukaran. Penapis A, B, C = 1 tahun, Penapis D, E = 3 tahun dan Penapis F = 5 tahun.